Pages

Monday 3 October 2011

KEBAIKAN PENULISAN

Konsep penting dalam sesuatu penulisan ialah retorik,wacana,teks dan karya.Perkara yang diambil kira dalam aspek penulisan ialah penulis,pembaca dan mesej yang disampaikan.
Penulisan merupakan salah satu cara untuk berinteraksi antara satu sama lain.Penulisan boleh memberi manfaat terhadap aspek-aspek penting sama ada dari segi politik,ekonomi,sosial mahupun agama.
Pada pandangan saya,penulisan penting dalam konteks keagamaan.Islam juga menekankan penulisan sebagai bidang ilmu yang penting contohnya para sahabat nabi Muhammad S.A.W seperti Ubay bin Kaab,Zaid bin Tsabut dan sahabat-sahabat baginda yang lain telah menulis wahyu di atas pelepah-pelepah kurma,tulang,kulit binatang dan sebagainya.
Penulisan juga penting dari aspek politik kerana dapat menyebarkan maklumat tentang isu-isu terkini yang berlaku dalam sistem politik dan pentadbiran di negara ini.
Penulisan memberi manfaat dari aspek sosial seperti dapat menyebarkan ilmu kepada masyarakat.Penulisan memberi kelebihan terhadap masyarakat yang prihatin tentang isu semasa,kemasyarakatan,keamanan dan sebagainya.
Kesimpulannya,sesebuah penulisan perlu tepat dari segi bahasa,semantik,gaya bahasa yg digunakan dan menyampaikan mesej yang berguna kepada pembaca.